Thursday, October 13, 2011

KAD KAHWIN - KARTUN
Kad kahwin ni mula-mula sepupu yang design..tapi bila da akhir-akhit tu ..hati ni teruja betul dengan gambar kartun motor ni..tak tahula cam mana boleh teruja sangat-sangat dengan gambar ni..yang buat kad kartun ni pula..Kak lina dan Ermi..Tq girls..:)




disebabkan tema oren hitam,jadi..gambar wespa oren ni la dijadikan hiasan di kad..


comel sangat...

akhirnya..ni la pilihan terakhir...:)



BAJU :- LIGHT TURQOISE
nak cari cam warna baju ellyana tapi tak ada saiz..wakakkaka....siankan..ni kain cotton satin..
baju ni sama kain dengan baju lelaki..nak tau tak cari kat mana?? kat sini..sini..sini..

www.lanbaharin.com.my

ya...LANBAHARIN punya..bolehla tengok-tengok..
Baju ni sebenarnya kosong je..disebabkan nak sama cam Ellyana..kenela bubuh ala2 bunga ros kat baju.. tambah manik sikit..-kerjasama dengan kak aiza..muahhh..tq kak aiza..banyak tolong kita..:)


proses jahit manik..:)

VEIL :-
Veil ni pun mula-mula nak buat sendiri..da siap da pun..tapi cam tegak je..haha..so x yah tunjukla .gambar basic je.. taraaaaaaa


haaa cam nila rupa parasnya..tapi disebabkan..ada sedikit kebingungan,kita beli da siap je..hahah..kat GULATIS.. harga boleh tahanla..tapi kita suka..cuma tambah sedikit bunga ros dan manik juga..


beginila keadaannya...harap masa pakai nanti,cantikla hendakNya


BEG GOODIES :-
Beg goodies ni pun buat sendiri juga..sebanyak 2200pcs beg kami hasilkan..haaaaa ada brann? hihi..ibu dengan Kak Aiza banyak tolong buat beg ni..hihi..terima kasih sekali lagi..jom layan..

gunting ni pinjam opis punya..hihi..

sebahagian yang dah siap


Mesti ramai tanya tak mahal ke beli paper semua tu kan? Syukurla..ada kawan buka kedai photostat..dia tolong belikan je..


Haaaa yang ni..bekas gula-gula untuk kanak-kanak..pun buat sendiri juga..ni idea kak zura..sesungguhnya kak zura ni penuh dengan idea yang sangat kreatif..sebanyak 500pcs kami dok leka buat kotak ni..adik dengan ibu sibuk sangat buat ni..hihi..tq love..:)
Jom layan ..

lukiskan bentuk macam ni atas kertas A4..

kemudian,tekapkan atas manilakad..potong pakai pisau
lipat dan gamkan...


boleh pakai double tape atau gam uhu..

jadi dah bentuk 3 segi..so lepas buh gula dalam tu..barula leh gam..:) untuk birthday party pun boleh buat macam ni

Thursday, August 11, 2011


Assalam semua...Haaaaa.ni nak kabo ni..kad kawen ni pun satu hal juga an..huhu..harap-harap korang dapatla buat yang terbaik untuk kad kawen ni..nak ikutkan zaman sekarang ni semua main tag je kat FB..kalau tak pun jemput pakai tel je..sms..senang katanya...tapi bagi kita..kad jemputan pun perlu..tag kat FB pun perlu..ajak dari sms pun perlu..pendek kata..apa-apa jelah jahhh..janji jemput..wakakka...
Kad jemputan kita..sepupu kita sendiri yang buatkan..maafla ye cik cousin..kita memang agak cerewet sikit bab-bab kreativiti ni..kalau nak tau,banyak kali dia tukar design..hahahah..sian dia..owh kalau nak tempah kad kat dia boleh gak..add kat FB Siti Zarikha Juyahir.. sampaila kita puas hati..konon try la reka-reka sendiri..tapi hampeh..tak reti buat tu buatla cara tak reti ye shy..hahah..kita kalau boleh nak kad simple but nice..nak ada flora je..antara kad yang paling kita nak sangat design dia..mcm ni ha




lebih kurang macam ni la semuanya...tapi x sama pun cam yang di atas ni..hahahah..
eh eh lupa lagi...SUKA TENGOK...TAK SUKA JANGAN TENGOK OK!!

*kata kaunselor : perlu ke letak gambar kita dalam kad? sebenarnya perlu atau tak tu terpulang pada individu..ada orang cakap tak nak letak..nanti orang pijak-pijak dan buang je..takut kene bomoh pun ye.. ada orang nak letak..sebab nak penuhi ruang yang ada..dan sekadar ikut trend..cuma tak ada masalah..simple je bende ni..:)


Assalam dan haiiii semua..nak cerita hal pening ni...Yahhhh..kejadian pening-pening kepala nak bagi door gift ni dari bulan Mac 2011 lagi rasanya..hihi..
Insan yang paling pening kepala adalah ibu..uhhh kalau tengok muka dia,mesti takut..asyik tensen dan stress je..maklumla..tak ada pengalaman..pula tu..satu-satunya anak perempuan dia..rasanya dah tak ada lagi dah anak..hihihi..ok2...berbalik pada cerita door gift ni..antara barang yang disenaraikan ialah

makanan memang menjadi tajuk utama dalam door gift ni..lebih senang..sebab orang akan makan..hihi

yang ni memang menjadi kebiasaan orang kita sekarang an..tapi tu la..budgetnya pun leh tahan juga..huarghhhh

tembikar telur ni idea abah..dia nak dan suka sangat buat macam ni..aku pun agak tertarik jugalaa...hihi


haaa gelas ni pun menarik...siap leh bubuh gambar lagi..tapi harga dia tuuu..wakkakaka


haaa tu baru isi dalam..ni beg dia pula...hihi..layan gambar jom.. :-


ha..beg ni siyes menjadi intipati utama juga..hahha..tapi kena tau isi dia dulu..kalau bagi telur atau gula-gula just nice la kalau pakai beg ni..

sangat2 suka beg ni..ala macam beg omputih..beg macd tu..erm...adakah beg ini..erm..kat mana pula nak cari ekkk..

ni pun salah satu beg yang berlegar dalam kepala..huhhh..paling senang..macam-macam rupa ada..kecik bosauu..semua ada...

ni paling mudah..banyak boleh letak...senang sangat

ha beg ni trend terkini..sangat-sangat suka...tapi tula 1 pun dah 2.50..kalau beli 2000 mungkin dapat murah la..tapi masih atas 1rggt


peningkann..actually,sampai sekarang tak settle lagi..huhu..macam-macam ni..pening kepala..
so sekarang ni hal beg dah settle..nanti da dekat-dekat date..kita upload ek..sangat jimat tapi menggunakan tenaga yang banyak..nak tau?? kene tunggulaaa ekkk..jangan risau,kita sedia membantu untuk mengehadkan cost korang..emm isi dalam..masih dalam perbincangan..hihi
ehhh SUKA TENGOK..TAK SUKA JANGAN TENGOK OK!!


* kata kaunselor.. - cari barang yang boleh digunakan oleh orang..kalau makanan lagi selamat..sebab boleh terus makan..kalau cenderahati pula,kena tengok kepentingan dan keperluan dia..renung-renungkan ye...



yuhuuuu..Assalam semua...nak borak apa ek kali ni..tiba-tiba kuar la tajuk bersiap sedia..cam nak pergi berperang pula..ermm..sebenarnya..nak cerita pasal perasaan sekarang ni..bercampur baur sebenarnya..
Awal Januari ritu,da survey beberapa butik perkahwinan..disebabkan kita tak amik pakej,jadi agak sukar nak mencari butik yang sewa baju secara buffet..bugdet pun jadi satu hal bila tak amik pakej..

kenapa tak amik pakej ek?

erm..sebab abah memang buat pelamin dari kita kecil lagi..so untuk anak dia ni,dy nak buatkan la juga..mekap pula anak ibu ngasuh dulu..tinggal nak cari baju je..almaklumla badan kita ni berdouble2 saiz...jadi agak sukarla nak cari baju yang bersesuaian dengan harga yang berbaloi-baloi..
Satu hari tu,dapat tau ada pameran pengantin dekat ampang point..huhhh memamg pening kepala laa...pelamin mak datuk..cantik-cantik semua..semua la ada..sekali pergi kat butik ni..dia ada pakej baju buffet..memang seronokla..terus deposit..walaupun saiz terhad..tapi adala juga saiz besar..tapi tu la..lari tema yang kita impikan..so ingat da settle la kan..hmmm..susah tol nak cerita pengalaman ni..sekarang ni dah bulan 8..bila kira-kira balik budget semua..cam tak menarik hati dan perasaan je..terus jadi stress..maklumla tak amik pakej..nak jaga hati ayah..kita pun teringin gak la nak dapatkan sentuhan dia..

jadi terus cancel dengan butik tadi..deposit?? uhh nasib boleh gantikan dengan barang lain macam payung,tiara ..kita tempah baju sanding kat adik yang mekapkan kita tu..adik dia fesyen designer..ibu beli kain tu warna ikut tema yang kita impikan..tapi lps ni kena bayar balik kat ibu..hahhaha..baikla ibu...erm..baju nikah pula..dalam 2 minggu ni kena cari sebab tak nak lambat-lambat..nanti susah..so sekarang ni ngah berangan-angan..warna apa la untuk nikah.. sambil-sambil tu kenan gak kat warna baju mereka ni...


ha yang ni suka sangat warna dia...hihi

yang ni pun terlalula suka design dan warnanya

baju dan warna ni pun nice sangat..sori ye..amik contoh baju awak..cantik banget

warna ni memang warna pilihan terakhir..hihi..suka jugakkk

2 3 ari ni..mata asyik melihat warna ni je..mungkinkah warna ini untuk majlis nikah..??? hihi kena tunggulaaa...adoiii pening..

yang jadi persoalan juga sekarang ni..,celah mana la nak cari baju ready made saiz comel,cantik dan murah..aishhh akan teman usahakan...insyaAllah..

dapatkah aku menyelesaikan masalah baju nikahku ini..hihi..sama-samala kita saksikan nanti...oppsss..lupa..SUKA,TENGOK...TAK SUKA ABAIKAN OK!!


*kata kaunselor : tak semestinya tema warna wedding kita tu warna kegemaran kita.. jangan pilih warna dulu..perkara utama,pilih baju dulu..kalau baju tu warna kegemaran kita,itu satu bonus untuk anda...fesyen baju sekarang macam-macam,jadi jangan tentukan sebarang warna dahulu..takut yang ada kat butik tu,warna dan fesyen bukan citarasa anda..tapi kalau buat baju baru kat butik tu apa salahnya kan..hihi

Monday, August 8, 2011



Photoshoot untuk pre wedding ni free tauuu..sebab masuk contest kat page facebook Julia Touch..try search tau..Saya belajar mekap pun dengan JULIA TOUCH ni..tak sangka menang pula masuk contest ni..hihi.. senang je cara nya..minta vote daripada kawan2..untuk like gambar kita..wahh terasa cam artis pula..kihkihkih..


antara gambarnya :-

hihi..x leh banyak-banyak..satu je :)

Assalam semua...Ok...ni sebahagian gambar hantaran pertunangan saya..
11 daripada lelaki... 17 dari perempuan..

Ni belah laki bagi kat perempuan..tapi kte gak yang buatkan..hihi..malas nak fikir banyak..buat simple2 je..makanan dengan sirih junjung tu wan ngan makcik-makcik MTB yang buat

bekas cincin...hasil aku dan kak aiza




Hantaran bawah ni la yang ramai gak orang tanya pasal bakul..yang ni memang makcik kat ijok tu yang buat..berkemahiran dalam kraftangan membuatkan nak juga dia buat bakul hantaran ni..bakul ni dari majalah dan surat khabar..ibu dok angkut semua majalah kat rumah,bawa balik kampung..buat bakul ni..gambar ni sumber dari internet..x sempat la nak snap gambar makcik buat..alatan dan bahan lebih kurang sama..


gam,gunting,surat khabar atau majalah..dan shelek ( ikut pilihan warna masing )

pembentukkan dia pun lebih kurang begini.. memang fail laaaa...kalau nak belajar kena ambil kursus ni..hihi..dan kena ada tahap kesabaran yang tinggi juga...


so,inilah hasilnya... sukaaaaa sangat...


yeahhh hantaran tunang ni lebih kepada barang peribadi dan makanan...

1- kek secret recipe - apiz & teh sponsor...tq kawan2ku
2- makanan lain2 - adah , wak as dan ramai lagi..tak ingat la pula..dah lama
3- aksesori hantaran - SDN BHD dan kak aiza

Cerita tunang da habis..hantaran kahwin pula nanti..hihi..tapi simple dan sikit je..orang tua kata..wat ada-ada je..so tunggu la tahun ni ..insyaAllah
gambar lain ada kat fb..SUKA,TENGOK... TAK SUKA JANGAN TENGOK OK!! :))


*kata kaunselor : ada orang buat hantaran banyak masa nikah..ada yang buat banyak masa tunang..tak menjadi masalah sebenarnya.. senaraikan barang yang menjadi keperluan atau kemahuan... jika keperluan..belilah..jika kemahuan..fikir-fikirkanla..:P


Pelbagai dugaan bercinta kami lalui..dan akhirnya..Alhamdulillahhh..dan masa nak tunang ni pun pelbagai onak duri..maka pada 09.10.10 kami telah bertunang..sekali menyambut bulan syawal yg mulia.. meh la layan gambar majlis pertunangan kami..

cantikkk x makeup artist mekapkan kte..yehhhh..kalau minat dengan touch from soul dia ni..,boleh add dia kat facebook Ary Muzamer..dia ni anak ibu jaga dulu..tak sangka dah besar-besar ni jadi MUA pula..dan kini aku telah mengikut jejak dia..hahah..promote diri sendiri..

gambar bersama MTB..gemokkann kami berduaaa...ngehhh


konon-konon cam gambar jelita sangatlaaa..hahha..gambar lain leh la tengok kat facebook Chenta Asa ye..

video



1- mekap - Ary muzamer
2- baju - ibu
3- mini pelamin - kak zura ( sponsor alatan dan kain ) , abah yang buat..hihi
4- hantaran L - aku dan kak aiza
5- hantaran P - makcik ( bakul ) , saya gubah

psssttt....pasal hantaran ni ada orang tanya bakul tu tau...hihi..jap g kte post yeeee...SUKA TGK,TAK SUKA JANGAN TENGOK..OK!!

*kata kaunselor : alam pertunangan adalah alam yang sangat penuh ujian..jika bersabar maka bertahan..tempuhila dengan penuh kematangan..sebab tu ada orang tua kata..kalau bertunang jangan lama-lama.. :)